Skip to main content

cikgu jenama Karisma~

bacalah catatan saya masa perhimpunan merdeka di sekolah pd 14 Sept 09 yg lalu.. :)

Situasi 3 [biarlah situasi 1 & 2 bersemadi dlm notes book saya]
seorang guru berjaya menyerlahkan karismanya yang tinggi apabila beliau menyebutkan fakta-fakta sejarah serta isu-isu semasa dgn tepat dan lancar dalam sebuah majlis sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah. beliau mengaitkan sejarah negara dan keberuntungan kita berada di sini, Malaysia dengan keadaan di luar negara.
isu-isu semasa seperti keganasan masyarakat g'airu muslim terhadap masyarakat uighur turut disebut dlm ucapannya.
sebenarnya, hanya dua perkataan yang menguasai ucapannya dan menarik minat saya. hanya dua perkataan, iaitu 'masjid ditutup' telah membawa pelajar kepada nostalgia beliau di kampung hinggalah ke masjid-masjid di bawah pemerintahan USSR dan zaman pemerintahan kerajaan umaiyah - turki uthmaniyah. malah, saya tak menyangka beliau turut menyebutkan tentang sejarah istana al-hambra!
di sini, beliau membuat perkaitan antara dua perkara. satu, kegagalan generasi baru umat islam mengekalkan kekuasaan pada zaman pemerintahan kerajaan islam (kerana jatuhnya kerajaan islam). kedua, kemungkinan terjadi kegagalan generasi muda di Malaysia mempertahankan kedaulatan, kekuasaan malah keharmonian di negara ini.

:)
isu-isu semasa seperti keganasan masyarakat g'airu muslim terhadap masyarakat uighur turut disebut dlm ucapan itu. selain itu, beliau menceritakan bagaimana rakyat muslim hidup dlam penindasan di luar negara. sekali lagi, keberuntungan kita sebagai rakyat muslim di negara ini disentuh. amalan agama bebas dijalankan di sini, tetapi masyarakat muslim di sebuah negara besar khususnya, diacukan senapang jika hendak menunaikan solat! malah, pada masjid-masjid ditampal dgn notis, "masjid ditutup untuk solat". kesannya, solat jumaat dilakukan sendiri di rumah. bolehkah?
saya terfikir, mungkin negara ini perlu mengacukan senapang pada mereka yang tidak mahu bersolat~~ hihii

to tell the truth, saya mengagumi karisma yang tertonjol dlm diri beliau. pada minggu sebelumnya, beliau telah berucap memohon pelajar yg agak bermasalah agar membayar yuran secepatnya. tanpa perkataan rayuan [yg saya terbayang akan dilakukan oleh seorang guru lain yg selalu merayu], tanpa perkataan hinaan, tanpa perkataan paksaan. tapi, ucapannya penuh dengan ketegasan [bagi sesiapa yg tertutup mulutnya]. next time, cuba kita lihat & tumpu pada ucapannya yang dipenuhi dengan sutera2 [asyik mutiara je org guna~ sutera ok gak] jenama Karisma. ya, sutera jenama Karisma.
siapa kata seteru tidak boleh dipuji??

segala tulisan adlh bertepatan pada masa entry ditulis.
perubahan pendirian saya / beliau boleh terjadi kerana,
perjalanan hidup ini masih panjang!
hihii..life..c'est la vie~ hidop, beginilah

Comments

  1. ahah,,
    saya tahu siapa dia..
    ada kebenarannya tulisan kamu nie..
    tapi, ada sesuatu yang belum terbit sebenarnya.
    fikir2 kan..
    =)

    ReplyDelete
  2. ok..skolah saya umpamakan kilang
    pihak pentadbiran umpama pngeluar..
    manakala, jiwa2 di situ umpama produk..
    pengeluar perlulah bijak untuk mnghasilkan sesuatu produk..agar produk2 berkualiti..
    skrg kita tngok produk2 smakin baik atau tidak?
    kalau smakin baik, maka berjayalah pngeluar tersebut..
    tapi, kalau sebaliknya, sesuatu yang tak kena la..
    bukan tu saja, di situasi yang lain pula, ada sesetengah pengeluar menghasilkan produk yang luarannya nmpk bagus, berkualiti..
    tapi di dalamnya tidak..jadi, kita di situasi mana sebenarnya..?atau kedua-duanya?
    mmg bnar jika dikatakan org yang berkarisma ini sgguh berkarisma..dari aspek apakah kekarismaannya itu?
    sensitif kalau disebutkan..
    tapi, hakikatnya susah disangkal..
    sedangkan ada sebuah "kilang" di perlis..
    saya baru saja bersembang2 dengan produk kilang tersebut masa perjalanan pulang dari johor..
    saya cukup kagum dengan pengeluarnya...
    sbb dah nmpk dgn mata sendiri mcm mana rupa produk tersebut..
    dalam hati berdoa tak habis, mudah2an Allah hadiahkan pengeluar itu buat kita..kalau mungkin bkn org yang sama, yang sealiran dengannya pun cukup memadai..

    =)

    ReplyDelete
  3. baca ni pulak..
    http://cloudlessnotions.blogspot.com/2009/10/cikgu-jenama-karisma-2.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …