Skip to main content

lemparan ketersungkuran

...letih dan lesu...seribu alasan...menjadi mahar...menguji iman...menguji iman...
Situasi 1
dalam sebuah kelas form 4,
semasa mengedarkan kembali skrip jawapan exam awal tahun kpd pelajar,,
"Tahniah, Tilmizah! Awak dapat markah paling tinggi dlm kelas. Rakan-rakan yang lain, cuba contohi dia. Tengok, mak dia kerja kerani jer, boleh dapat markah tinggi. Awak study macam mana ya? Ambil kelas tuition?" sorang guru memuji pelajarnya pada hari itu. boleh dikatakan, hampir setiap kali kelas subjek itu, nama Tilmizah + kerja mak dia + kehairanan beliau akan disebut oleh guru itu.
Tilmizah mengeluh. Sekadar 91%, apalah yang hendak digembar-gemburkan? Bukan tanda tidak bersyukur, tapi Tilmizah tahu, dunia ini luas. Masih banyak pelajar di sekolah lain mendapat markah yang lebih tinggi. Buat apa meriuhkan kejayaan seorang jaguh kampung? cukuplah sekadar memanjatkan kesyukuran kepada Allah. pada Tilmizah, doa seorang guru itu tinggi di sisi Allah. lebih baik beliau berdoa daripada merendahkan lagi esteem Tilmizah.

Situasi 2
dalam kelas yang sama,
semasa menyerahkan kembali skrip jawapan utk exam pertengahan tahun kepada pelajar,,
"Awak semua miskin markah! Kenapa jadi macam ni? Tengok Tilmizah, Talibah dan Tasnim, mereka dapat markah kaya ja." beliau menuturkannya kepada 66 pasang telinga. "Talibah, tahniah awak dapat markah tinggi. awak tuition kat mana?"

Situasi 3
still dlm kelas yang sama,
semasa menyerahkan skrip jawapan exam penilaian kedua,,
Tilmizah muncul di muka pintu. ketika itu gurunya telah berada dalam kelas. dia terlewat kerana berjumpa dengan guru ketika waktu rehat.
"Tilmizah, kenapa kamu miskin sangat?" guru itu melontarkan soalan kepadanya sambil menyerahkan skrip jawapannya. 67%. Tilmizah menerima sambil menguntumkan senyuman tanda hormat, bukan tanda gembira.
"Apa nak jadi dengan kamu semua? ...malas nak ingat semula..." "tu lah, kamu jangan aktif sangat! tengok Tilmizah, dia tinggal kelas, markah awak merosot, kan? Tilmizah?" satu kelas mengalihkan pandangan ke arah Tilmizah. "Kamu, Talibah, tahniah sebab dapat 98%!" "kawan2 yang tak reti boleh la pi jumpa dia, minta tolong dia ajar, dia dapat 98%" setiap kali waktu subjek tersebut, nama Tilmizah = merosot akan diumumkan. "itulah kamu, saya buat kelas malam tak nak hadir! belagak~"
Tilmizah diam. mukanya masih mengukirkan senyuman. tapi mukanya keruh. hatinya tersiat mengalirkan darah-darah lutsinar. yang jadi mangsa, kesedihannya dilemparkan pada orang yg amat disayanginya, ibu dan bapa.
dia teringat kembali kata-kata yang ingin saja disemburkan pada beliau pada awal tahun lalu, 'jangan memandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah, tapi pujilah dan bertasbihlah pada Allah, Tuhan yg Maha Pencipta!'

kalau anda pernah membaca buku jgn tidak-tidak oleh dr Tuah, pasti anda semua tahu, orang yang terlalu berharap akan tersungkur apabila mendapat sebaliknya. yang jadi masalah pada saya sekarang ialah bukan saya yg meletakkan pengharapan itu, tapi 'ketersungkuran' beliau diletakkan ke atas saya. [neurons anda berjalan?]. entahlah, tapi saya suka cara seorang guru cemerlang di sekolah saya. kata beliau, "saya tak akan pandang kejayaan kamu yg sekarang!" barulah saya jadi motivated! bukannya ~~~[neurons anda berjalan?]

Tilmizah itu bukan saya
seandainya-

sebenarnya, malas saya nak tulis kisah ni. indeed, darah lutsinar tiba-tiba mengalir lagi sekarang. kesian pada mak & ayah yg jadi tempat stress saya tersembur. sian pada tmpat sandar kusyen keta yg basah terkena darah lutsinar tu. sian pada diri saya yg jadi mangsa.

semua orang yang waras akan tahu,
bahawa bukan hajat saya nak markah bad cam tu. bukan hajat pelajar lain utk dpat 2%, 50%, sort of lah!
mari belajar peribahasa: =)
  • ayam bertelur sebiji riuh sekampung
  • habis madu sepah dibuang
  • sudah jatuh ditimpa tangga
luka pasangannya plaster, bukan pisau.
-n-

Comments

  1. saya harap tilmizah bersabar..
    apabila ditimpa ujian, ingatlah ada lagi yang lebih hebat menerima ujian..
    Allah tidak menimpakan ujian d luar kemampuan manusia..
    ada Hamba Allah yang lain juga merasainya..
    lebih dhsyat mungkin,.

    masih terngiang2 kata2 itu,,

    "Hamba, tak kan kamu nak duduk di kelas 5Z taun depan"

    Hamba hanya tersenyum, dan terdetik d hatinya,

    "Eh, aku klas sains, kalau nak turun pun, tak kan lah samapi ke kelas Z. Kelas akaun tu."

    ReplyDelete
  2. haha..klas 5z tu idiom kot~~
    tau tak,
    sya tgh runsin' psal nk pi kursus tu..
    +math, bio, kimia semua tinggal
    tmsuk xtra classes lagi

    astaghfirullah -_-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …