Thursday, August 6, 2009

soalan?siapa saya, mereka, Dia

-bacaan basmalah dalam hati. ya Allah, peliharalah kami daripada bisikan syaitan!-

tertanya pada diri sendiri, siapa aku?
aku manusia. hamba Allah. makhluk Allah.

tertanya diri tentang orang lain.
siapa mereka?
mereka manusia. hamba Allah. makhluk Allah.

ramai tidak sedar bahawa semua orang adalah makhluk Allah. makhluk yang diciptakan hanyalah untuk beriman kepada Allah. sememangnya jelas setiap inci kehidupan makhluk bergantung pada kuasa Allah. mungkin ramai masih tak nampak pergantungan kita pada Allah, tapi perkara ini telah jelas terjadi di mata.

firman Allah, dalam surah al-baqarah, "sesungguhnya orang2 yang beriman dan berbuat amalan kebajikan dan menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, bagi mereka pahala daripada Tuhan mereka (Allah). tidak ada rasa takut dalam diri mereka dan mereka tidak bersedih hati". dari ayat ni, theori yg boleh saya rumus ialah --->

"kalau tinggal solat = pasti akan dilanda kesedihan dan ketakutan"

kesedihan berbeza bagi setiap orang. bagi saya, kehilangan itu sedih. marah itupun sedih. gagal lagilah sedih. paling teruk, penganiayaan + penghinaan.
suatu masa dulu~,
saya pernah miss peluang.
ramai orang menyakitkan hati sehinggakan marah bertukar menjadi sedih.
gagal meyakinkan orang yang patut diyakinkan.
dihina + dianiaya oleh seorang insan. mujurlah seorang.
bila kaji balik, muhasabah diri, rupa-rupanya ada tertinggal suruhan Allah seperti dalam ayat 277 surah al-baqarah.. sejak tu, alhamdulillah x pernah ulang dah kesilapan meninggalkan suruhan Allah.. :)

tapi, hamba Allah tak terlepas daripada ujian. Allah dah kata "Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya..."
jadi, walaupun sentiasa melakukan segala suruhan Allah dengan sebaiknya, pasti ada ujian. and pasti boleh overcome!! dengan syarat, segala kudrat diserahkan kepada Allah.

dalam surah al-Hadid, ayat 22-23 disebutkan dengan jelas. "setiap bencana yang menimpa bumi telah tertulis dalam Lauh Mahfuz sebelum bencana tu terjadi lagi.." ayat 23 plak, "agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dri kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Allah kepada kamu. dan Allah tak suka orang yang sombong serta membanggakan diri"

ayat Allah dah jelas. kalau berlaku sesuatu bencana / musibah ke atas diri, sabarlah. itukan qada' dan qadar. jadi, kita kenalah selalu minta perlindungan daripada Allah~! hehe :)
Allah juga pesan, bila dapat nikmat jgnlah terlalu gembira! contoh jelas utkku : calon anugerah~~ kuiz pelancongan yg terpaksa wat ujian saringan sekali lagi~~ (pada org lain?? ada jugak. serahkan pada Allah yang memberi hidayah kepada setiap yang dikehendaki-Nya)

jadi, setiap perkara sentiasa dalam pergantungan kepada Allah.
man? rabbi wa rabbukum =)

yang baik dari Allah, yang lemah dariku.
-benarlah segala firman Allah yang Maha Agung-
**sumber terjemahan: Quran tafsir biru milikku :)

-n-of-n3-

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...