Saturday, August 29, 2009

prejudice + adalah sket..

hari ini sangat takut.
semakin hari, semakin teruk pula rasanya.
entah-entah, makin banyak yang saya tulis, makin banyaklah juga salah faham @ idea2 pelik yang muncul dalam orang yang baca. [soalan: ada orang ke? hihi]
haish
kehidupan kita berbeza. kita memiliki semua, tapi bukan pada masa yang sama.

PREJUDICE
saya takut pada perkataan tu. entahlah, tapi prejudice memang bawa banyak kesan dalam hidup. seorang bos boleh pandang rendah kepada pekerja sebab prejudis. sorang cikgu boleh sempit pemikirannya sekiranya dikongkong oleh prejudis. "ah, pelajar ini busuk. sah tak mandi pagi" seorang guru memprejudiskan anak muridnya. ini hanya contoh indirect. ((adik2 usrah selalu kena dengan saya pasal contoh 'mandi'. hihii))
siapa tahu contoh ini sama dalam hidupnya??

apa yang nak dimengarut lagi??

sambung balik, prejeudice.
saya pernah prejudis pada orang. orang pon pernah letak prejudice pada saya. :) biasalah tu. what u give, u'd get back~!..
tapi, kerana prejudice orang itu, saya sudah berhati-hati. langkah atas salji pakai kasut~~~.
masa sekolah rendah, prejudice orang = saya sombong.
((hahaha.. sis7ers akan terguling kalau depa tau pasal nih.. k.ferry sombong??
tak per, tu zaman kanak-kanak ribena. eh saya minum dumexlah~))
hurmm harap segala prasangka orang akan luput. rindu pula besties sekolah rendah. uh oh kamuu~~!!

cakap pasal sekolah, SCHOOL IS COMING BACK~~~!!!
mukgu :), sahabat saya yang sekroni dah nak balik. haishaa.. cuti nih x sempat nak mengarut2 sampai pukul 2 pagi pon ((macam waktu2 lain)). mungkin sebab syaitan dirantai?? hurm..saya demam = dia sema-sema. hehe takdir utk sahabat~~..

hari dah makin lewat [?]...
kesengalan melanda....
semoga entry yang dinukilkan kepada orang lain tidak di'perasan-milikkan' oleh insan lain....
hidup..beginilah
:)

Wednesday, August 26, 2009

didikan untuk diri sniri

salam. entry ini hanyalah sekadar mengisi kekosongan malam yang sepatutnya diisi dengan alunan al-Quran serta solat-solat.

siapa dalam hidupnya tidak pernah terluka?
macam-macam telah saya cuba agar hati ini sentiasa bahagia
saya tetap berpegang dengan ayat Allah dalam surah al-Baqarah [dlm entry b4 this ada], namun syaitan masih membisikkan bisikan halus yang lebih berbisa daripada perkara yang zahir.
satu persoalan yang bermain difikiran,
mungkin disebabkan saya berasa tidak senang melihat seorang budak ni, orang lain pun berasa tidak senang dengan saya. :) dalam kelas, walaupun dapat markah bukan highest, still ada atmosphere yang ... yg boleh saya rasakan.
jika dulu sblum muncul orang yang amat saya tak senang ni, saya amat bahagia! in fact, kemunculannya seawal saya darjah 6 tidak memberi apa-apa kesan kerana dia tidak digembar-gemburkan [oleh media massa??haha]. tapi entah kenapa, sejak akhir-akhir ini ramai pula menyanjungnya.
saya malu pada sahabat saya, aisyah.

benarlah firman Allah,
siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, pasti akan mendapat balasannya.

tertulisnya enty ni bukan untuk menempelak diri sendiri, jauh lagi untuk menyasarkan pada orang lain. cuma sekadar tanda ingatan pada diri. ya Allah, kuatkanlah aku.
mulai hari ini, saya akan senyum.
=) senyum pada kejayaannya!
ikhlas farhana!!

Tuesday, August 25, 2009

SAYANG..

salam semua..
tajuk entry nih x silap, memang sayang.. pun
sayang ada banyak makna
jangan sempitkan kotak pemikiran kita

sebabnya

sayangnya parents pada saya
-depa x bagi pi library esok.. demam saya masih kus2

sayang.. saya tak dapat pi esok
-bila nak siap homework?? nak chit chat dgn kawan2

sayang.. tak leh jumpa kawan2 besties sis7ers esok
-kita jumpa kat ym je x puas :(

sayangnya Allah pada saya
sayangnya Allah bagi saya demam time xleh pose
-bleyh makan ubat :) even grr2..ketar2..sepanjang malam

sayang.. baru saya sedar hikmahnya
-moga tak terlambat
-alhamdulillah

sayang saya to Allah
-alhamdulillah..segala pujian hanya untuk Allah
sayang saya to parents
-terima kasih kerana berjaga malam..dengar adik mengigau2 :D hihi
sayang saya to mak ngasuh & ayah
-mak! ayah!
sayang saya pada sis7ers
-huwaa nk pi esokk
sayang saya pada semua
-doakan pada Allah agar saya sembuh

huuu

sayangnya!!! esok x leh pi library,,
ya Allah, sembuhkanlah penyakit ku ini,,
sabarkanlah aku,, kata nabi, sabar itu sinaran.
hihi smoga saya bersinar2!! =)

p/s: sya ada 4 parents :) alhamdulillah ^_^

Thursday, August 20, 2009

marhaban ya ramadhan karim!!

alhamdulillah
esok dah 1 ramadhan :)
hurm even i don't get the chance to perform solats, but that doesn't mean i can't do anything to enjoy this PESTA IBADAH!! like what ustazah Zahirah said.. =)
alhamdulillah jom kita doa sama2 yer ..niatkan 'kami' itu untuk sendiri, ibu bapa, seluruh muslimin dan muslimat, insyaAllah malaikat akan mendoakan kita juga :) alangkah indahnya ISLAM!
Ya Allah, semoga ramadhan kami adalah yang terbaik daripada yang lalu,
peliharalah kami daripada mensia-siakan walau seketika cuma waktu dalam bulan barakah ini,
ingatkanlah kami saat kami terlupa, terleka mahupun terpedaya dengan nafsu,
selamatkanlah kami daripada azab api neraka.
amiin

Thursday, August 13, 2009

a silent prayer

assalam alaikum
sekadar mahu berkongsi serta mengharapkan kebaikan diperoleh

seorang hamba berdoa,
"ya Allah, Tuhan yang menciptakan setiap perkara, tidak ada sesuatu apa pun di luar pengetahuan-Mu melainkan semua telah tercatat dalam kitab Lauh Mahfuz,
ampunkan aku atas segala amalanku, fikiranku, niatku, keinginanku serta apa jua yang berlaku ke atas aku, juga orang2 di sekelilingku.

**memandangkan orang[ada ek~?] yg baca blog slalu dlm hati, nih la namanya silent prayer~

Tuesday, August 11, 2009

crita exam penggal II form 4~~

salam
haha exam datang lagi~~..huuu

alkisah,, maka tersebutlah kisah.. 3 minggu b4 exam, cikgu add. math dah bagi warning.. time tu, rasalah tempiasnya..gulpppy all the times.. spirit of studying pon masuk lah dalm diri.. nota fizik =beres, add math=beres 2 tajuk, math=beres la sket3.. huahhaa
haha *peringatan: ni kisah 3 minggu sebelum tarikh keramat~~

masuk minggu kedua, jadual exam tak dapat lagi.. smangat study dah luntur~ tambah plak dipress8x oleh cikgu2 PKS kesayanganku :) siapkan report PKS! m'jadi misi utama~~!
jadi, tumpuan study utk exam lepas ke tepi~~

minggu ke-3 [smiggu sablum exam~!]
runsing. apsal jadual x dapat lagi nih. dah la org study according to jadual. haishh..jadual nih memang membantut my spirit lorh~~ trok tol jadual..haishaaa semua salah jadual sbb aku x study :)

maka, meminjam ayat Allah, "yg dekat telah makin mendekat.." huuuu

hari ptama: BM - Sejarah - Syariah
tanda-terlebih-ready: lupa pulak bawa exam pad (memang x igt langsung200x!!).. terpaksa menagih dgn muka slumber kat adik bradik.. hahah.. makacih asyah~!

hari kedua: B.Arab - Physics - Biology
tanda-terlebih-ready: bio masuk tajuk mula2 (yg dah lupa dah tuu~~) cell division, satu sister chromatid apa pun x masuk... haish.. salah percaturan la plak..
yg lawaknya tadi, smua satu klass frust menonggeng bila buka paper bio. ::structured + essay:: huh, harapkan objektif, objektif x bley harap! maka, majoriti sekelas jwab paper bio dlm keadaan demam..
***cipta sejarah tadi masa bio, -->dgn relaxnya amik kertas graph dlm meja - x jumpa - cari dlm bag, dalam file,, waktu exam.. hahahahh

esok? pejam mata, buka pen!
haish..hidup ku~ apalah nk jadi

Friday, August 7, 2009

+ ialah campur ialah +

it's been a long time peristiwa ni jadi.
tp nak critakan pada dunia..? macam x kena jer.
tp, Allah x suka perkataan keji melainkan bagi orang yang dizalimi.
somehow, rasa macam dizalimi pula.
.perit..penghinaan..salah faham..tanggungjawab..amanah..mancari kemanisan iman..lemah..hampa..hipokrit? x.

ada satu kisah fenin' utk dikongsi
kisah seorang yang hanya menjalankan amanah
insyaAllah cerita ini dalam bentuk umum, tak da kena sesiapa yang x da kena-mengena

**beware: sure pening bila baca!

puan Nama (nama dia Nama =) kerja di sebuah tempat kerja. kerjanya ialah melakukan kerja. dia pergi kerja pada setiap hari bekerja. [hahah aku berusaha meng'umum'kan cerita ini~] dia kerja dengan penuh dedikasi. dia bertugas sebagai pemaju yang memajukan modal insan masa depan.
di tempat kerjanya, ada seorang pengarah yang merupakan majikannya. puan Pengarah(namanya Pengarah) kerjanya mengarah. hari-hari Pengarah melakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh.
puan Nama sangat baik, patuh pada arahan ketua. Pengarah juga baik cuma suatu hari.
^_^ baru mukadimah

satu hari, puan Pengarah menerima jemputan ke acara grand dari tuan Jemputan (nama dia Jemputan). kerja Jemputan ialah menjemput~ oklah, Jemputan jemput Pengarah supaya ke acara grand itu. tetapi, acara grand itu tidak sesuai untuk Pengarah pi. lalu,
Pengarah pun panggillah pekerjanya Nama.
"Nama, kamu pengganti untuk ke acara grand itu"
kata Nama dengan lemah lembut"maaf Pengarah, acara grand itu juga bukan untuk saya"
"carikan saya seorang"
"ya"
Pengarah berpesan dengan pesanan yg dibuat sendiri: "jemputan Tuan Jemputan ialah perempuan. keturunan Pe (=sejenis keterunan)."
memandangkan Nama amanah + patuh, maka Nama pun keluar dari bilik Pengarah tanpa membantah walaupun dalam hati, mengapa keturunan Pe dipilih ya?.

Nama pun melakukan kerjanya mencari nama pengganti ke acara grand yang Pengarah tak boleh pi.
calon #1: puan Rani anak Ranike
calon #2:puan Sciha anak Pecik Gou
calon #3:puan Anifda anak Pecik Goo [kembar~]
calon #4:puan Yasma anak KeAunt ertuba
calon #5:puan Sutmin
calon #6:puan Ceci Dol anak Pergu Ciku
calon #7:puan Usyima anak Penyains

nama disusun mengikut priority. puan Nama menjadi runsing apabila melihat nama2 calon yang layak secara keseluruhan. mengapa perlu memilih calon pengganti? acara grand apakah..tanya Nama dalam hati.

tiba-tiba, Pengarah masuk ke biliknya. "beri saya list nama calon"
Nama dengan dedikasinya menyerahkan senarai nama calon pengganti. tanpa byk soal.
Pengarah kata, "cepat cari pengganti. hari ini juga"
Nama "baik. menurut saya, pekerja paling layak ialah no ..."
Pengarah memintas, "pilih yang tinggi. jangan amik yang merendahkan taraf saya~ bukankah saya sudah pesan, keturunan Pe!"

Nama pun mencari keturunan Pe walaupun tertanya Pe itu pe?
cari2, calon #7 ialah anak Penyains, berketurunan Pe, seorang tokoh terkenal di seluruh dunia. maka, Nama memilih Usyima walaupun masih was-was. tapi, arahan ketua dan amanah perlu dilaksanakan~!

keesokan harinya, seluruh tempat pekerja-pekerja itu bekerja menjadi riuh. ramai bertanya, acara grand apa? siapa pula calon #7 itu? lebih kurang 10 pekerja bertanya siapa Usyima.

Usyima diam dan gembira tak terkata apabila mendapat jemputan oleh Tuan Jemputan ke acara grand. kini, dia sudah boleh kalahkan Oshin [dlm tv] yang rendah taraf itu.

sementara itu, Nama sangka amanah yang ditangungnya sudah beres. rupanya tidak. rasa runsing menemani mimpinya. Nama risau apabila bukan calon #1-6 dijemput, tetapi calon #7.
tiba2 dia terfikir, calon #2,3,6 juga ialah keturunan Pe! oh, tidurnya tiada makna apabila menyedari tindakannya menjaga amanah telah menganiaya bukan satu pekerja, tetapi enam pekerja!
satu anianya = satu kehinaan

sejak hari itu, Nama berhenti berharap. dan menunggu datang gelap. sampai nanti suatu saat, tiada apa-apa. Alias Wattatau masuk kerja.

Nawwar yang semakin sakit + fenin + x kuat = lemah,
whoa ngantuk ^o^

-n-of-n3-

mask? bare face?

salam semua

uh oh.. why should i think of something that shouldn't be cared for?
hurm..

act, i wonder whether should i wear the mask or not when i go for tuition class tomorrow. (why on earth i'm writing in full-letter-form??)
H1N1 is so dangerous that it causes fatal.
uuu nau'zubillah
but, what makes my worries worst is that somebody said just now, skolahteknikkgr closed for a week..but i dont really sure about it yet.
hurmm
what if it is true that the school'll be closed??
renungan~~> skolah tu dekat jer dgn smkap. smkap dalam bandar kangar. ikin pon dalam bandar kangar.
whoaaa

tp masalahnya, won't other students will be laughing when i'm the one & the only who wears the mask?? isn't it like a fish out of water?? haishh
perlis yg masih terpencil~~

manusia. kalu ganjil, orang gelak. kalu sakit..?
oh no im just acting like my grandma who always spend her time worrying about things! x_x
haish..runsing
runsing = lari nyanyi
mungkin lari+nyanyi bleyh hilang runsing~!

Thursday, August 6, 2009

soalan?siapa saya, mereka, Dia

-bacaan basmalah dalam hati. ya Allah, peliharalah kami daripada bisikan syaitan!-

tertanya pada diri sendiri, siapa aku?
aku manusia. hamba Allah. makhluk Allah.

tertanya diri tentang orang lain.
siapa mereka?
mereka manusia. hamba Allah. makhluk Allah.

ramai tidak sedar bahawa semua orang adalah makhluk Allah. makhluk yang diciptakan hanyalah untuk beriman kepada Allah. sememangnya jelas setiap inci kehidupan makhluk bergantung pada kuasa Allah. mungkin ramai masih tak nampak pergantungan kita pada Allah, tapi perkara ini telah jelas terjadi di mata.

firman Allah, dalam surah al-baqarah, "sesungguhnya orang2 yang beriman dan berbuat amalan kebajikan dan menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, bagi mereka pahala daripada Tuhan mereka (Allah). tidak ada rasa takut dalam diri mereka dan mereka tidak bersedih hati". dari ayat ni, theori yg boleh saya rumus ialah --->

"kalau tinggal solat = pasti akan dilanda kesedihan dan ketakutan"

kesedihan berbeza bagi setiap orang. bagi saya, kehilangan itu sedih. marah itupun sedih. gagal lagilah sedih. paling teruk, penganiayaan + penghinaan.
suatu masa dulu~,
saya pernah miss peluang.
ramai orang menyakitkan hati sehinggakan marah bertukar menjadi sedih.
gagal meyakinkan orang yang patut diyakinkan.
dihina + dianiaya oleh seorang insan. mujurlah seorang.
bila kaji balik, muhasabah diri, rupa-rupanya ada tertinggal suruhan Allah seperti dalam ayat 277 surah al-baqarah.. sejak tu, alhamdulillah x pernah ulang dah kesilapan meninggalkan suruhan Allah.. :)

tapi, hamba Allah tak terlepas daripada ujian. Allah dah kata "Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya..."
jadi, walaupun sentiasa melakukan segala suruhan Allah dengan sebaiknya, pasti ada ujian. and pasti boleh overcome!! dengan syarat, segala kudrat diserahkan kepada Allah.

dalam surah al-Hadid, ayat 22-23 disebutkan dengan jelas. "setiap bencana yang menimpa bumi telah tertulis dalam Lauh Mahfuz sebelum bencana tu terjadi lagi.." ayat 23 plak, "agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dri kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Allah kepada kamu. dan Allah tak suka orang yang sombong serta membanggakan diri"

ayat Allah dah jelas. kalau berlaku sesuatu bencana / musibah ke atas diri, sabarlah. itukan qada' dan qadar. jadi, kita kenalah selalu minta perlindungan daripada Allah~! hehe :)
Allah juga pesan, bila dapat nikmat jgnlah terlalu gembira! contoh jelas utkku : calon anugerah~~ kuiz pelancongan yg terpaksa wat ujian saringan sekali lagi~~ (pada org lain?? ada jugak. serahkan pada Allah yang memberi hidayah kepada setiap yang dikehendaki-Nya)

jadi, setiap perkara sentiasa dalam pergantungan kepada Allah.
man? rabbi wa rabbukum =)

yang baik dari Allah, yang lemah dariku.
-benarlah segala firman Allah yang Maha Agung-
**sumber terjemahan: Quran tafsir biru milikku :)

-n-of-n3-

Bahang september 2011

- bismillah - Baru baca bab 1 buku puan Roza Roslan, travelog kehidupan abadi. Bab 1 beliau cerita pasal kali pertama jejak ke luar negara....